BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 29 June 2011

Kek Coklat Moist Kukus (Nak kongci cket la hehe :')



Kek Coklat Moist Kukus

Bahan bahan

1 buku butter
4/5 biji telur Gred A (lagi banyak telur lagi lembut) *so tepulang la ye*
1sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sodium bicabonat
1/2 cawan gula *begantung la kalau yang suke manis tambah la lebih sikit, kalau x suke manis kurangkan
2 cawan serbuk koko (ayakkan serbuk koko)
1  1/2 cawan tepung gandum (ayakkan tepung gandum)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair

Cara-cara

Cairkan butter kat dalam periuk je
Selepas itu masukkan gula
Masukkan susu pekat
Masukkan susu cair
Masukkan baking powder
Masukkan sodium bicabonat
Masukkan telur
Masukkan serbuk koko
Akhir sekali kacau adunan sehingga pekat sedikit dan tutup api
Kemudian tuangkan adunan yang telah dimasak tadi ke dalam bekas yang anda suke
Kemudian kukuskan adunan selama 40 minit sahaja
Setelah selesai 40 minit cube ambik garpu and then cocokkan di tengah kek, tengok kalau da masak tak de coklet melekat kat garpu, so kek 2 da siap untuk angkat.

Cara Toping

1 Cawan serbuk koko
2 Sudu gula
1/2 Cawan susu pekat
1/2 Cawan susu cair

Cara-cara

Masukkan serbuk koko ke dalam periuk
Masukkan gula
Masukkan susu pekat
Masukkan susu cair
Kemudian kacau adunan sehingga pekat dan likat
Dan akhir sekali tuangkan adunan ke atas kek dan ratakannya

Bahan Hiasan

Taburkan ke atas kek

Begantung la kat korang nk letak ape...kalo aimi suke letak coklet urai or badam..boleh jugk letak buah strawbery,cream,gule halus..tu seme ekt mood korang la ye :')

Sekian~

(Selamat mencube)


No comments:

Post a Comment