BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 July 2011

Aishhhh hehe .....

gambar kahwin tomok


gambar kahwin tomok


gambar kahwin tomok



Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail 27 tahun Dengan sekali lafaz, Tomok  kini sah bergelar suami Ayu, Siti Rahayu Abas. Tomok  menamatkan era bujang dan  ini merupakan detik bersejarah dalam hidup Tom
ok selepas lapan tahun bercinta dengan gadis pilihannya ayu. Tomok dinikahkan bapa mentuanya, Abas Mohd Saidon disaksikan Pegawai Tadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jajuli.
Pihak Tomok menyerahkan mas kahwin RM300, sembilan dulang hantaran dibalas 11 dulang hantaran oleh pengantin perempuan . Manakala wang hantaran pula berjumlah RM12,697.11.Kini sudah tiba masanya membina kehidupan dan berkeluarga.
Manakala pihak  Ayu pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.
Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas itu.
Pasangan yang mengenali  sejak lapan tahun lalu itu mengenakan busana rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture dan disolek oleh Saidatul Nisa. Manakala pelamin dihias oleh Nas Great Idea.
Selepas Tomok bernikah mereka akan mengadakan tiga majlis berasingan iaitu pada 2, 6 dan 9 Julai ini. Akad nikah di Dewan Serbaguna Keramat, dan majlis kenduri sebelah keluarga perempuan yang akan diadakan di dewan yang sama. Pada 6 Julai adalah majlis persandingan Tomok & Ayu di Saloma Bistro yang akan mengundang media dan VIP, serta 9 Julai pula di Alam Damai.
SELAMAT PENGANTIN BARU TOMOK & AYU SEMOGA BERBAHAGI SELALU DAN DIKURNIAKAN ANAK YANG COMEL….



No comments:

Post a Comment